Thursday, April 30, 2009

Open this email for Kamarul zaman 's private message on Tagged :)

Kamarul zaman Lokman
Kamarul zaman Lokman has added you as a friend
Is Kamarul zaman your friend?
Click Yes if Kamarul zaman is your friend, otherwise click No.
But you have to click!


Please respond or Kamarul zaman may think you said no :(

Click here to block all emails from Tagged Inc., 110 Pacific Mall Box #117, San Francisco, CA. 94111

Friday, April 24, 2009

Kebahagiaan vs Kesenangan

Kesenangan mempunyai ukuran tetapi kebahagiaan tiada tandingannya.Kesenangan belum tentu dapat membeli kebahagiaan tetapi kebahagiaan dapat mengatasi kesenangan.Walau sesusah mana pun hidup ini tetapi apabila terselit kebahagiaan itu maka semua perasaan lain yang melanda akan lenyap.Oleh itu apabila kebahagiaan itu singgah walau seketika di dalam hidup kita,janganlah dipersiakan, manfaatkanlahnya untuk hari -hari yang mendatang, walaupun dalam kenangan sekali pun pasti ia akan menjadi penawar kedukaan.

Friday, April 3, 2009

Assalamualaikum,
Hari ini Ipin ingin bercerita sedikit pasal cerita susah dan payah. Susah dan payah ini amat di hindari oleh semua orang, sebab orang akan cuba mengelak dari kesusahan dan kepayahan. Siapa yang hendak susah? Malah hendak bercerita bab susah ini pun menjadi satu stigma pada kita. Lebih -lebih lagi bab menyusahkan diri . Susah ni tergolong dalam bermacam-macam bentuk, dari segi pisikal, praktikal, mental dan juga kombinasi pada semua sekali. Bercerita bab susah ini pun akan menimbulkan satu keadaan yang amat membosankan. Manusia ini cuma suka kepada perkara yang mengembirakan hati mereka sahaja dan Ipin rasa inilah pun matlamat yang ada pada diri masing-masing.
Pernah tak terfikir oleh kita susah ini akan mengingatkan kita kepada Allah tuhan yang menjadikan kita dan sekelian alam.(dah mulalah boring ni) Pasti ada yang ingat dan teringat kepada Allah. Itulah lumrahnya pun. Tapi pernah tak kita tanya, kenapa kita di anugerahkan kesusahan itu. Apa pasal kita pulak yang kena? Persoalan yang mula-mula timbul ,apa salah kita? Pernah tak kita bersyukur bila mendapat kesusahan sebagaimana kita mendapat kesenangan. Yang sebenarnya Ipin pun sama jugak. Tapi yang nak Ipin kongsikan bersama ialah perasaan standard setiap manusia itu. Rasulullah senantiasa mendoakan umatnya agar tidak di timpa kesusahan dan di jauhkan daripada bala untuk di dunia dan akhirat, malah kita di ajar untuk berpuasa supaya kita dapat mengerti apa itu makna susah. Bayangkanlah betapa kita ini amat di rahmati.
Ipin pun malas nak bercerita panjang, Ipin pulangkan kepada anda semua untuk menghayati erti susah dan payah ini dan apabila saat anda mengalami kesusahan dan kepayahan cubalah ambil masa seketika untuk memikirkan tentang cara positifnya hikmah yang menimpa anda. Ipin doakan agar kita sama-sama mendapat iktibar dari lamunan Ipin ini.

Friday, March 27, 2009

APAKAH UKURAN KEBAHAGIAAN

Kepada Uncle2 & Auntie2 what more do you want in life.....Tidakkah ia mencukupi atau masih kah banyak lagi ruang yang perlu di baiki? Hayatilah sekeliling anda bandingkan dengan diri sendiri. Janganlah dibandingkan dengan gunung jika kita hanyalah bukit.......Jika kita tak setaraf maka busutlah saingan kita. Ini akan menimbulkan kesyukuran. Jangan sekali dikesali dengan yang ada, belajarlah untuk menyayangi supaya disayangi. Sesekali kita perlu belajar menangis untuk memahami erti kehidupan sebab ketawa itu datang dengan sendiri tampa perlu di pelajari. Telah tiba masanya kita menadah tangan meminta keampunan dan mensyukuri segala pemberian Illahi kerana jalan pulang mungkin, mungkin menunggu di sebalik selekoh yang akan kita lalui. Marilah bersama-sama kita berkongsi cerita kebahagiaan dengan menjadikan kedukaan sebagai sandaran.

Tuesday, March 17, 2009

LAMUNAN TERHENTI

Memandangkan pakcik dan makcik ramai yang terkena sindrom Lamunan Terhenti, disini Ipin memberi peluang untuk semua mengrungkaikan perasaan 27 thn kepada Ipin. Sebagai seorang profesional Ipin akan merahsiakan cerita cerita pakcik makcik semua.Amacam ada berani...?