Assalamualaikum,
Hari ini Ipin ingin bercerita sedikit pasal cerita susah dan payah. Susah dan payah ini amat di hindari oleh semua orang, sebab orang akan cuba mengelak dari kesusahan dan kepayahan. Siapa yang hendak susah? Malah hendak bercerita bab susah ini pun menjadi satu stigma pada kita. Lebih -lebih lagi bab menyusahkan diri . Susah ni tergolong dalam bermacam-macam bentuk, dari segi pisikal, praktikal, mental dan juga kombinasi pada semua sekali. Bercerita bab susah ini pun akan menimbulkan satu keadaan yang amat membosankan. Manusia ini cuma suka kepada perkara yang mengembirakan hati mereka sahaja dan Ipin rasa inilah pun matlamat yang ada pada diri masing-masing.
Pernah tak terfikir oleh kita susah ini akan mengingatkan kita kepada Allah tuhan yang menjadikan kita dan sekelian alam.(dah mulalah boring ni) Pasti ada yang ingat dan teringat kepada Allah. Itulah lumrahnya pun. Tapi pernah tak kita tanya, kenapa kita di anugerahkan kesusahan itu. Apa pasal kita pulak yang kena? Persoalan yang mula-mula timbul ,apa salah kita? Pernah tak kita bersyukur bila mendapat kesusahan sebagaimana kita mendapat kesenangan. Yang sebenarnya Ipin pun sama jugak. Tapi yang nak Ipin kongsikan bersama ialah perasaan standard setiap manusia itu. Rasulullah senantiasa mendoakan umatnya agar tidak di timpa kesusahan dan di jauhkan daripada bala untuk di dunia dan akhirat, malah kita di ajar untuk berpuasa supaya kita dapat mengerti apa itu makna susah. Bayangkanlah betapa kita ini amat di rahmati.
Ipin pun malas nak bercerita panjang, Ipin pulangkan kepada anda semua untuk menghayati erti susah dan payah ini dan apabila saat anda mengalami kesusahan dan kepayahan cubalah ambil masa seketika untuk memikirkan tentang cara positifnya hikmah yang menimpa anda. Ipin doakan agar kita sama-sama mendapat iktibar dari lamunan Ipin ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment