Friday, March 27, 2009

APAKAH UKURAN KEBAHAGIAAN

Kepada Uncle2 & Auntie2 what more do you want in life.....Tidakkah ia mencukupi atau masih kah banyak lagi ruang yang perlu di baiki? Hayatilah sekeliling anda bandingkan dengan diri sendiri. Janganlah dibandingkan dengan gunung jika kita hanyalah bukit.......Jika kita tak setaraf maka busutlah saingan kita. Ini akan menimbulkan kesyukuran. Jangan sekali dikesali dengan yang ada, belajarlah untuk menyayangi supaya disayangi. Sesekali kita perlu belajar menangis untuk memahami erti kehidupan sebab ketawa itu datang dengan sendiri tampa perlu di pelajari. Telah tiba masanya kita menadah tangan meminta keampunan dan mensyukuri segala pemberian Illahi kerana jalan pulang mungkin, mungkin menunggu di sebalik selekoh yang akan kita lalui. Marilah bersama-sama kita berkongsi cerita kebahagiaan dengan menjadikan kedukaan sebagai sandaran.

2 comments:

  1. ini ipin yang tules ker, abah ipin yang suruh tules...?
    ish3....
    kim slm sket kat abah ipin...
    =)

    ReplyDelete